suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keith Foo enggan canang kisah hubungan dengan Riena Diana, ibu saran segera berkahwin

Keith lebih suka untuk tidak mendedahkan hubungannya kepada umum.

PELAKON Keith Foo mengakui lebih selesa mengambil pendekatan menjaga privasi kisah percintaannya bersama aktres Riena Diana daripada terlalu  berkongsi kepada umum.

Keith, 43, berkata, pendirian itu dibuat bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku memandangkan dia turut mempercayai kewujudan penyakit ain atau evil eye yang sering diingatkan oleh ibunya.

“Saya seorang yang lebih mementingkan privasi dan ada perkara melibatkan isu serta kehidupan peribadi lebih baik disimpan sendiri. Kalau berkaitan kerja, memang kami akan kongsikan semuanya namun kita perlu tahu batas masing-masing.

“Penyakit ain itu juga sesuatu yang saya percaya. Dalam kepercayaan saya pun ada perkara yang sama, kami memanggilnya evil eye.

Keith dan Riena sentiasa profesional dalam menyelesaikan masalah. 

“Ibu saya selalu berpesan mengenai perkara seperti itu dan kadang-kadang dia turut mengingatkan Riena. Ibu sentiasa mengingatkan kami berdua,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada watch party Suamiku Anak Mak di Bukit Jalil pada Khamis. 

Mengulas sikap Riena yang dilihat lebih terbuka berkongsi kisah peribadi termasuk isu salah faham menerusi siaran langsung di media sosial, Keith menyifatkan setiap individu mempunyai cara berbeza mengekspresikan diri.

“Dalam apa jua hubungan, pertengkaran itu perkara biasa. Kalau tidak ada perselisihan faham, bagaimana kita hendak menyesuaikan diri dan mengenali satu sama lain? Saya rasa itu normal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tunggu hujung tahun” - Keith Foo belum sedia jawab soal status agama

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan kaitkan saya“ - Keith Foo jawab tuduhan pikat Harissa Adlynn, minta hormati Riena Diana

“Selepas apa yang berlaku, kami akan duduk berbincang mengenai perkara tersebut dan mengenal pasti apa yang perlu diperbaiki. Kalau perkara itu remeh-temeh, tidak perlulah dikongsikan. Kalau boleh diselesaikan antara kami berdua, selesaikan sahaja.

“Kebanyakan masa, kami akan duduk berbincang mengenai apa yang berlaku dan daripada situ kami tahu apa yang perlu dilakukan dengan lebih baik pada masa hadapan,” ujarnya.

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terkini hubungan mereka, Keith bersyukur segalanya berjalan lancar dan masing-masing kini sibuk memberi tumpuan terhadap kerjaya seni.

Keith dan Riena kini menumpukan perhatian terhadap kerjaya. 

Ditanya mengenai penerimaan keluarga, Keith mendedahkan ibunya ada menyuarakan hasrat agar mereka segera mendirikan rumah tangga, namun dia tidak menganggap perkara tersebut sebagai satu bebanan.

“Hubungan saya dengan Riena baik-baik sahaja. Doakan yang baik-baik, semuanya berjalan lancar. Apa yang penting, hubungan kami semakin kukuh dari hari ke hari dan kami berdua fokus kepada kerjaya masing-masing.

“Ibu saya adalah sedikit (bertanya), dia selalu cakap kalau hendak kahwin, cepatlah kahwin. Usianya sudah lebih 80 tahun tetapi terbeban itu tidak, saya rasa ibu memahami keadaan saya.

“Kadang-kadang kita perlu mengimbangi keadaan dan menjelaskan sesuatu supaya mereka memahami kita.Bukannya hendak menderhaka atau melawan cakap ibu, tetapi dalam perkara tertentu kita sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri,” jelasnya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain